SELAMAT DATANG KE BLOG JKKK FELDA TUNGGAL

Tuesday 31 May 2011

Info JKKK Tunggal.....

PENGENALAN  JKKK
JKKK merupakan badan induk di dalam rancangan yang diiktiraf oleh kerajaan. JKKK diketuai oleh ketua kampung dan ahli Exco yang dipilih terdiri daripada 22 ketua blok dalam rancangan. Setiap ahli Exco bertanggungjawab dan memainkan peranan penting dalam bidang masing-masing. Ahlijawatankuasa lain juga akan bersama-sama membantu dalam menggerakan apa jua aktiviti dan program yang dirancanag oleh pihak pentadbiran Felda dan JKKK sendiri.

MESYUARAT JKKK
Sebulan sekali pihak JKKK akan mengadakan mesyuarat bulanan yang kebiasaannya diadakan pada minggu ketiga setiap bulan. Mesyuarat Khas pula akan diadakan mengikut keperluan semasa. Dua bulan sekali kita akan membuat undangan kepada pihak Polis, Pusat Kesihatan dan pihak Sekolah untuk turut serta dalam mesyuarat JKKK.

SUMBER KEWANGAN JKKK
Setiap peneroka menyumbangkan RM23.00/bulan. Sumbangan ini digunakan untuk urusan pentadbiran, keceriaan, dan segala aktiviti yang dirancang dalam JKKK.

AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN

  •  Merangka aktiviti-aktiviti sepanjang tahun
  •  Berkerjasama dengan semua badan-badan di dalam JKKK

  •  Menganjurkan kursus-kursus kepimpinan dan motivasi bagi meningkatkan prestasi  setiap AJK.

  •  Mengadakan mesyuarat setiap bulan

  •  Memantau pergerakan/aktiviti badan-badan di dalam JKKK

  •  Menyampaikan maklumat semasa berkenaan rancangan kepada masyarakat setempat.

No comments:

Post a Comment